Monday, August 23, 2010

TATACARA MENGGUNA JALAN RAYA


ok...crite  ari ni adalah psl jln raya,tetiba jak mo wat,
walaupun aku jarang pegi jalan raya,tp aku juga tegolong dlm pengguna jln raya,
bgtu jg dgn anda, so mari kita baca entriiiiii kat bwh ni utk hiburan bersama :

TATACARA MENGGUNA JALAN RAYA

1. pastikan anda sentiasa berada d lorong kiri jika tidak memotong bukannya memotong d lorong kiri dan jangan plak lalu melalui kaki lima jalan jika jalan raya cuma selorong.

2. pastikan anda memandu menurut had laju yg ditetapkan bukannya had laju yg anda tetapkan dan jangan plak menggandkana had laju bila terlihat amaran had laju yg sama berikutnya.

3. jangan memandu dlm keadaan mabuk. tak kiralah mabuk arak,mabuk cinta atau mabuk kenderaan kerana membahayakan nyawa pengguna lain. Nyawa korang tu nasiblah,sapa suruh mabuk !

4. walaupun digalakkan berjimat penggunaan tenaga elektrik,janganlah sampai anda terlalu kedekut utk menyalakan lampu kenderaan khususnya bila memandu pada waktu malam.

5. beri laluan kpda kenderaan yg mahu memotong dgn cara mengurangkan had laju tapi tak perlulah memberhentikan kenderaan di tepi jalan setiap kali kenderaan hendak memotong anda.

6. jika hendak memotong kenderaan di hadapan,pasyikan anda memotong dgn selamat bagi mengelak kenderaan atau anda sendiri dipotong dgn selamatnya slps kemalangan.

7. apabila mengekori kenderaan pastikan jarak yg selamat agar tidakmelanggar kenderaan hadapan yg membrek secara mengejut tapi jangan plak mengekori ke mana saja kenderaan itu pergi.

8. jangan parking kenderaan di bahu jalan tanpa sebaba terutamanya di jalan atau jambatan yg sempit apatah lagi parking di tengah2 jln raya.

9. jangan nak tunjuk samseng atau berlagak sbgai road bully terutamanya bila berlaku kemalangan kerana kemungkinan besar pemandu yg anda nak buli itu 10x lebih samseng dari anda.

10. jangan cepat terbakar dengan cabaran pemandu yg mengajak berlumba. anda hendaklah sentiasa ingat bahawa jln raya bukannya tempat berlumba. Kalau race jugak, race kat trek !

0 comments:

Post a Comment